SYARAT AM
- Homestay ini dikhaskan untuk tetamu MUSLIM sahaja
- Penyewa mestilah menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran. Terutamanya pada lewat malam
- Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan unit homestay ini untuk aktiviti yang menyalahi Undang-undang Negara dan Hukum Syarak
- Makanan dan minuman HALAL sahaja dibenarkan di dalam homestay, tidak dibenarkan membawa masuk alkohol, dadah dan barangan larangan
- Penyewa TIDAK DIBENARKAN MEROKOK di dalam homestay
- Sila jaga kebersihan dan keselamatan peralatan dan kemudahan yang disediakan
- Semua peralatan dan perabot di De & Dini Homestay ini merupakan hak milik homestay ini. Gunakan dengan berhemah untuk kesenangan bersama. Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan homestay ini hendaklah ditanggung oleh penyewa
- Dilarang mengubah atau mengalihkan perabot yang terdapat di dalam homestay ini dan jika berlaku anda diminta untuk menyusun semula perabot yang digerakkan seperti susunan asal. Pastikan semua barang dan peralatan diletakkan di tempat asal sebelum anda check-out
- Pastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup sekiranya anda tiada di dalam homestay atau tidak digunakan
- Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang atau malam
- Pastikan tiada barangan anda yang tertinggal semasa check-out. Hubungi kami segera jika ada terjadi dan anda perlu datang kembali untuk mengambil barangan tersebut. Sekiranya perlu dipos, anda hendaklah menanggung kos pos.
- Pastikan Sisa makanan herdaklah dibawa keluar bersama semasa buat checkout (tong sampah disediakan di bilik dekat loby lift setiap tingkat)
- Penggunaan Kad akses untuk naik lift dan juga parking (terhad untuk sebuah kereta sahaja)
- Pastikan parking di petak yang bernombor _____. Pihak kami tidak bertangjawab sekiranya kenderaan anda di clam.
- Sekiranya syarat-syarat diataskan tidak dipatuhi, De & Dini Homestay berhak untuk membatalkan sewaan serta merta
TEMPAHAN
- Kadar sewa harian De & Dini Homestay adalah RM200 sehari bagi hari ahad hingga khamis manakala RM230 sehari bagi hari jumaat dan sabtu, Hubungi kami untuk perbincangan lanjut jika anda berhajat untuk menyewa secara mingguan atau bulanan.
- Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami
- Harap maklum kami tidak menerima tempahan ad-hoc. Anda perlu membuat tempahan awal SEKURANG-KURANGNYA 2 hari sebelum tarikh penginapan anda.
- Deposit tempahan sebanyak RM100 diperlukan bagi pengesahan tempahan dan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas persetujuan bersama. Sila maklumkan kepada kami selepas bayaran dibuat.
- Selepas tamat tempoh tersebut, jika tiada maklum balas, anda dianggap tidak berminat dan tarikh tersebut terbuka kepada pelanggan lain.
- Bayaran penuh seperti yang dipersetujui mestilah dijelaskan secara tunai semasa menerima kunci homestay atau secara online transfer pada hari anda ingin menginap.
- Sebarang pembatalan mestilah dimaklumkan selewatnya 2 hari sebelum tarikh penginapan. Jika tidak, deposit anda TIDAK akan dikembalikan.
- Resit hanya dikeluarkan atas permintaan
- Check-in selepas 2:00pm dan check-out sebelum 12:30pm
- Jika tiada tetamu lain pada hari sebelum dan selepas anda menginap, anda dibenarkan untuk check-in awal atau check-out lewat pada kadar yang akan dibincangkan kemudian. Sila maklumkan terlebih dahulu jika anda bercadang berbuat demikian.
- Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu
LAIN-LAIN
- Bayaran deposit RM100 akan dipulangkan semula kepada anda setelah anda menyerahkan kunci dan pihak De & Dini Homestay memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out.
- Jika berlaku kecurian atau kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa dan tanggungan mereka pihak De & Dini Homestay berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi syarat-syarat di atas
De &
Dini Homestay tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kecederaan,
kehilangan atau kerosakan barang–barang peralatan atau harta benda kepunyaan
penyewa yang berlaku semasa menginap di homestay ini.
Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan
dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.